pencerobohan ke atas barang-barang privacy seperti handphone, wallet, diary dan sebagainya berlaku di depan mata... apakah reaksi anda???
pertama... biarkan...
kedua... buat dek...
ketiga... beri amaran...
keempat... amaran kedua...
kelima... amaran ketiga...
keenam... maki-hamun...
ketujuh... pukul penceroboh tersebut dengan apa barang yang ada di depan mata...
kelapan... bunuh saja penceroboh itu!!!
grgrgrgrrrrrr [lebih garang daripada si hanjeng gilakkk]
*****************
Actor : jejaka dua alam nyata dan alam ghaib! ...wekkkk
Actress : perempuan Melayu terakhir yang sangat ayu tetapi namanya bukan Ayu
Lokasi: di hadapan meja kerja diri sendiri
Situasi : sebuah handphone
Actress dicerobohi secara membabi buta oleh seorang
Actor yang tingtong

cuba bayangkan...
saat-saat handphone korang yang diletakkan di atas meja, tiba-tiba diambil oleh seseorang yang sangat dikenali means bukan makhluk asing atau alien...
sudahlah diambil secara sengaja di situ...
lalu dibukanya tanpa segan-silu...
boleh dicas pencerobohan, bukan???
iya... suatu pencerobohan telah berlaku...
perlukah dibiarkan si penceroboh menceroboh dan terus melakukan pencerobohan???
perlu ke?? perlu ke??
berbalik kepada situasi yang telah berlaku tadi...
mula-mula memang aku boleh bersabar..
take it easy... namun, sabar pun ada jugak hadnya, bukan???
kemudian... aku ambil langkah
KETIGA...
kelihatannya si
Actor masih berdegil... masih lagi meneruskan pencerobohan demi pencerobohan... gamaknya... apa motip dia, yek???
mahu mencari bahan pronografi kah di dalam handphone aku???
salah orang lahhhhhhhhh wehhh...
aku bukan pengedar gambar mahupun video pronografi yang berjaya, okehhhhhhhh...
tingtong punya olang...
bila mulutnya mula mengeluarkan suara-suara sumbang lagi menyakitkan telinga...
sekaligus men down-down kan segala gambar yang ada dalam handphone aku...
semacam mahu bertukar menjadi makhluk hijau pula rasanya...
bagus sangat ke berbuat begitu???
siap boleh mengutuk-mengeji setiap gambar yang ada...
weii... suka hati aku lah nak taruk gambar ape pun kat situ...
yang engkau sebokkkk... ape kessssss????????
ada gambar bogel kau kah di situ???
apabila amarah semakin meluap-luappp..
apa lagi uols....
aku meneruskan langkah-langkah seterusnya
KECUALI langkah ketujuh dan kelapan!!
aku berjaya mendapatkan kembali handphone aku daripada terus diceroboh sesuka hati sambil sempat menghamburkan kata-kata kesat...
iya... kesat separa minima aje...
mana boleh mencarut tak tentu hala di ofis, bukan???
skema.. skema sungguh...
oleh itu... aku hanya mencarut dalam hati...
dan...
dalam hati juga... terbit rasa keinginan... mahu membaling
Actor keji itu dengan CPU..
bolehkah begitu???
moral of the story...
....
sorok-soroklah handphone anda supaya tidak dicerobohi oleh manusia-manusia yang tingtong lagi durjana semacam
Actor yang dinyatakan di atas!
psssssssssssst... selepas dimaki... si
Actor tersebut kembali ke tempat asalnya dan tidak sudi bercakap lagi... terkedu gamaknya...
konfem esok si
Actor itu akan bercuti...
ala-ala cuti peristiwa gitu, ahaks!!!